Nadi X Keusahawanan : Perancangan Perniagaan
6 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniWebinar keusahawanan bertajuk Perancangan Perniagaan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Syaamil Abdul Razak kepada para peserta bagi memberi pendedahan tentang kepentingan perancangan strategik dalam perniagaan. Dalam sesi ini, beliau menerangkan realiti yang sering dihadapi oleh usahawan kecil di Malaysia, di mana ramai yang bekerja keras dan melakukan pelbagai tugas dalam perniagaan tetapi masih kurang arah tuju yang jelas.
Beliau turut berkongsi realiti pahit dunia keusahawanan, termasuk statistik yang menunjukkan sekitar 80% hingga 90% usahawan gagal pada fasa awal perniagaan, kebanyakannya disebabkan oleh ketiadaan perancangan yang teratur dan strategik. Selain itu, peserta juga diperkenalkan kepada konsep Business Roadmap sebagai alat penting dalam membantu usahawan membuat keputusan serta merancang perkembangan perniagaan dengan lebih jelas. Penceramah turut menerangkan lima komponen utama dalam Business Roadmap yang boleh dijadikan panduan bagi membina hala tuju perniagaan yang lebih terancang dan mampan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: